
KLUANG ( JOHOR )
Kluang merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 105 km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 350,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 200,000 penduduk. Kluang merupakan bandaraya ketiga terbesar dalam negeri Johor selepas metropolitan kedua terbesar Malaysia iaitu Johor Bahru dan bandaraya kedua terbesar Johor, Batu Pahat. Koordinat geografinya ialah: 2°2′01″U, 103°19′10″T
Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu; tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Polisi kerajaan negeri yang menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertumbuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan keretapi mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan mendiami bandar Kluang.
Pada tahun 1920, dengan mempunyai 5 000 orang penduduk, Lembaga Bandaran Kluang telah ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Merinyu Kesihatan. Mulai tahun 1932, Pegawai Daerah Kluang menyandang jawatan Presiden Lembaga Bandaran Kluang.
Dalam tahun 1957, Lembaga Bandaran Kluang telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaran Kluang dengan Pegawai Daerah Kluang sebagai Yang Dipertua. Lima tahun kemudian pada tahun 1962, 5 buah Majlis Tempatan telah di tubuhkan iaitu Majlis Tempatan Kampung Paya, Majlis Tempatan Kampung Gajah, Majlis Tempatan Sri Lalang, Majlis Tempatan Chamek dan Majlis Tempatan Paloh.
Dengan langkah penyusunan semula Majlis Tempatan, maka pada 1.1.1997 Majlis Bandaran Kluang telah disatukan dengan 5 Majlis Tempatan yang lain bagi membentuk Majlis Daerah Kluang Utara di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara telah diperluaskan dengan merangkumi kawasan seluas 126.5 m persegi dengan penduduknya melebihi 65,000 orang.
Bandar Kluang terus berkembang maju di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen kerajaan Negeri untuk membangunkan daerah Kluang, peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan kawasan tengah Johor semakin nyata. Sektor-sektor ekonomi semakin berkembang dengan pesat. Selain penempatan awal penduduk yang sedia ada, taman-taman perumahan baru terus dibangunkan. Pembinaan ompleks perniagaan di Pusat Bandar Kluang, pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan Bandar Kluang. Bilangan premis kediaman, perdagangan dan perindustrian bertambah dengan pesat. Bilangan keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20,500 dalam tahun 1988 kepada 42,455 pegangan dalam tahun 2000. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan hasil Majlis dari RM7.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM16.6 juta dalam tahun 2000.
Pembangunan sektor perdagangan dan perindustrian pula telah menjadikan Kluang sebagai destinasi baru pelabur tempatan dan luar negara. Lebih dari 500 buah kilang berbagai jenis yang mengeluarkan produk untuk kegunaan tempatan dan eksport memenuhi 9 buah kawasan perindustrian utama. Di antara kilang-kilang gergasi yang sedang beroperasi ialah kilang membuat jubin, kilang elektronik dan kilang membuat pakaian. Kini Kluang terkenal sebagai pengeluar jubin bermutu tinggi yang terbesar di Malaysia disamping produk elektrik dan elektronik dan pakaian berjenama antarabangsa untuk pasaran dalam negeri dan eksport.
Perkembangan sektor perumahan, industri, perdagangan dan perkhidmatan telah mewujudkan banyak peluang-peluang pekerjaan yang menjadi punca kebanjiran penduduk di Bandar Kluang. Pada tahun 2000, penduduk Kluang telah meningkat kepada 155,000 orang. Untuk memenuhi keperluan penduduk yang bertambah, penyediaan kemudahan asas terus dipertingkatkan. Selain menaik taraf jalan-jalan raya utama dan rangkaian jalan bandar, sebuah terminal pengangkutan awam berharga RM5 juta telah dibina. Dibawah program penswastaan kerajaan Negeri, sebuah stadium sukan berharga RM 24 juta telah didirikan.
Pembangunan pesat Bandar Kluang tidak dapat dibendung lagi. Penduduk Bandar Kluang terus menagih perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Struktur pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara memerlukan perubahan. Sebagai langkah merintis kearah perubahan corak pengurusannya, jawatan yang Di pertua telah diisi dengan sepenuh masa oleh seorang pegawai tadbir Negeri Johor mulai 1.3.1999. Setelah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kerajaan Tempatan dengan persetujuan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui ringkasan Mesyuarat Bil.86/2001 bertarikh 31 Januari 2001 telah mengambil keputusan menaik taraf Majlis Daerah Kluang Utara kepada Majlis Perbandaran yang dikenali dengan nama Majlis Perbandaran Kluang.
Asal-usul Pembukaan Kluang[sunting | sunting sumber]
Orang-orang tua di Kluang bersependapat bahawa nama bandar ini terbit daripada nama sejenis mamalia yang terbang di waktu malam mencari buah-buahan, iaitu kluang ataupun Malayan Flying Fox (Fteropus Vampyrus Linnaeus) dianggap sebagai sejenis kelawar yang terbesar di dunia. Ada juga cerita yang mengisahkan begitu banyak sekali jumlah binatang yang menyerang kebun buah-buahan sehingga terpaksa dipanggil dukum bagi menghalau mereka, tetapi cerita ini tidak dapat disahkan oleh orang-orang lama di sini. Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kluang Kampung telah wujud sebelum tahun 1910 berdekatan bandar Kluang ini. Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin disebabkan oleh penebangan hutan di tengah-tengah johor bagi tujuan membina jalan kereta api dan juga penempatan di Kluang.
Menurut Datuk Haji Mohd Said, seorang tokoh penulisan johor yang terkenal, Kluang mendapat namanya daripada Sungai Kluang, tetapi pada hakikatnbya tidak ramai orang yang tahu adanya sungai ini di Kluang. Sungai Melantai kadang-kala dipanggil sedemikian keranan melintasi Kluang Kampung. Dalam peta topo moden tercatat nama Sungai Kluang pada sebuah cawangan Sungai Mengkibol yang berpunca dari kaki bukit Gunung Lambak.
Orang jakun ataupun biasa dipanggil orang Ulu oleh orang Melayu Endau merupakan peghuni kawasan hutan rimba dipedalaman johor ini. Hanry Kale yang telah menjelajahi kawasan ini telah menyusuri Sungai Endau, Sembrong, Seiai, Kahang dan cawangannya bersama rombongannya pada tahun 1892 dalam rangka menetapkan sempadan antara johor dengan Pahang.
Lake dan pembantunya HI Kelsal telah menemui orang jakun bekerja dengan orang Melayu Endau dalam usaha mencari rotan terutamanya dari jenis Sentawa, kapur barus di kawasan Kahang, gutta perca (getah taban) danar dan hasil hutan yang lain. Hasil rotan di bawa ke Endau dan daripada situ dijual di Singapura.
Mereka juga menyatakan bahawa telah terdapat penempatan-penempatan orang Melayu ditebing sungai Sembrong-Endau dan Kahang di mana penghulunya bernama Che Ma Hassain ( Encik Mat Hussain ) banyak membantu Lake dan rakan-rakannya. Menurut Lake lagi , sebuah penempatan bernama Londang 75 km daripada stesen kerajaan di Kuala Sembrong didiami oleh Penghulu Che Ma Dagang bersama-sama beberapa orang Melayu. Londang terletak berhampiran bandar Kluang lebih kurang 10 km ke utaranya di pertemuan Sungai Paloh dan Sungai Melantai-MEngkibol dengan Sungai Sembrong. Kawasan di antara Londang dengan kawasan Sungai Melantai (Meletir) ialah kawasan bandar Kluang sekarang ini. Ia tidak didiami orang kecuali beberapa orang jakun yang merayau-rayau di sini. Terdapat juga sebatang lorong hutan yang menghubungi kawasan ini dengan kawasan Sembrong Batu Pahat yang sudah pun diterokai oleh pekebun-pekebun gambir dan lada hitam Cina. Oleh itu, pada tahun 1892 belum wujud lagi sebuah penempatan bernama Kluang jika berpandukan kepda pemerhatian Lake dan Kelsall. Lake juga menyebut bahawa 'trace' jalan kereta api Johor merentasi kawasan berpaya ini.
Penanam-penanam gambir Teochew yang telah membuka kangkar-kangkar di sungai-sungai Johor, Sungai Skudai, Sungai Sedih Sungai Sembrong, Sungai batu Pahat Sungai Muar dan lain-lain nmapaknya tidak berminat mendirikan kangkar di kawasan yang dibincangkan ini kerana masih diliputi hutan dan paya tropika yang tebal. Penempatan paling hampir, dibuka sebelum 1893 ialah kawasan pinggiran di Sungai Sembrong-Batu Pahat.
Di Sungai Kahang terdapat sebuah kangkar yang dipercayai didirikan kemudian daripada tahun 1893. Bagaimanapun di sekitar tapak bandar Kluang sudah terdiri penempatan-penempatan kecil didiami orang Melayu dan jakun yang berfungsi sebagai pengkalan memungut hasil hutan terutamanya rotan yang dikenali sebagai Londang dan Pengkalan Pan. Tempat terakhir di sebelah tebing kanan Sungai Sembrong, 20 km dari Kuala Kahang di mana Lake telah menemui seorang peniaga Cina dan beberapa orang Melayu.
Pembukaan Kluang berhubung rapat dengan usaha pembinaan jalan kereta api Johor. Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB) di bawah Swetthenham ketika itu bercadang menyambung sistem kereta api Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) dengan Singapura. Menjelang penghujung abad ke-19 jalan kereta api dari Kuala Lumpur sedang dibina merentasi sempadan Johor, sementara di Singapura cadangan membina jajaran landasan ke Selat Tebrau telah diluluskan. Oleh kerana terdapat sedikit masalah tentang siapakah yang harus menguasaj jalan kereta api ini, maka pada tahun 1904 satu persefahaman kereta api diwujudkan yang melibatkan penguasaan bersama di bawah satu lembaga yang terdiri daripada pegawai-pegawai jahar dan NMB. Pada 1909 jalan kereta api johor dibuka untuk laluan. Kdth Sinclair berpendapat bahawa pembinaan landasan ini telah membawa banyak kesan perubahan, termasuk penghijrahan tenaga buruh dari ladang-ladang getah ke kawasan pembinaan jalan kereta api kerana kadar upah yang ditawarkan oleh kontraktor-kontraktor jalan kereta api lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh pihak ladang.
Dengan terbinanya jalan kereta api ini, kawasan-kawasan di utara dan tengah johor mula dihujani kemasukan modal luar terutamanya dari Negeri-negeri Selat dan Britain. Harga getah yang semakin meningkat naik dan memuncak pada tahun 1910,mendorong syarikat-syarikat getah melabur dan mendapatkan konsesi tanah bagi tujuan menanam getah. Tambahan pula, stesen-stesen kereta api kecil telah didirikan sepanjang perjalanan dari utara ke selatan. ini termasuklah stesen-stesen Batu Anam, Segamat, Labis, Paloh, Chamek, Niyor, Mengkibol, Rengam, Layang-layang, Kulai, Tebrau dan terminal utamanya di Johor Bahru.
Memandangkan tanah hutan di sekitar Megkibol sedang diusahakan bagi penanaman getah maka NMB bercadang untuk membina sebuah stesen kereta api di kawasan tersebut dalam tahun 1910. Cadangan ini dipersetujui oleh pihak BErkuasa di Johor Bahru dan dengan demikian stesen kereta api yang dinamakan Stesen Kluang siap di bina pada tahun berikutnya.
Pada tahun 1910 juga sistem pemilikan tanah telah disesuaikan dengan sistem tanah NMB apabila Enakmen Tanah Johor dikuatkuasakan sejajar dengan matlamat kerajaan Johor memodenkan jentera pentadbiran tanah dan bagi menarik pelaburan ke Johor. Kerajaan juga menawarkan sewa dan premium tanah yang rendah kepada pengusaha-pengusaha. Bagi 6 tahun yang pertama sewa tahunannya ialah 50 sen seekar selanjutnya $ 2.50 setahun dengan mendapat rebet $1.50 untuk tanah yang ditanam dengan kelapa dan pokok buah-buahan. Premium ialah $3.00 seekar sekiranya tanah menghadap jalan raya dan $2.00 sebaliknya.
Orang Melayu yang terawal memohon tanah di Kluang terdiri daripada Penghulu Dollah Ariff dengan anak buahnya daripada Kluang Kampung. Penghulu dipercayai mewakili anak buahnya yang berasal dari keturunan Inderagiri yang juga dari Endau. Semua permohonan mereka diluluskan kerana menurut pihak berkuasa mereka ini memang telah lama menetap di kawasan tersebut.. Boleh dikatakan bahawa mereka merupakan antara penghuni-penghuni yang terawal di Kluang. Keturunan mereka yang masih menetap di Kluang menyatakan bahawa kebanyakan mereka berasal dari sebuah penempatan bernama Tanjung Gemuk di Endau dan Inderagiri adalah baik dan dirapatkan lagi melalui ikatan perkahwinan. Rekod Commissioner Of Laild And Mines (CLM) menunjukkan orang Cina adalah kumpulan yang memulakan kegiatan berkebun di sini. Mereka mendapatkan tanah di sekitar stesen Mengkibol dan Nyior tidak jauh dari Kluang. Di antara taukeh-taukeh ini ialah Goh yew Sing, Lew Lye Sang dan Leong Fong Chew dari Singapura yang membeli tanah seluas 1,200 ekar di Nyior. Taukeh Yow Ngan Pan telah memohon tanah seluas 2,000 ekar di Mengkibol. Pada tahun berikutnya Yeo Kim Swee dari Riverside, Melaka telah mengusahakan penanaman getah dan ubi kayu di tempat yang sama.
Dalam tahun 1911 juga sebuah balai polis telah didirikan bagi mempertingkatkan perkhidmatan polis di Kluang di samping mengawal keselamatan memandangkan semakin ramai buruh-buruh yang bekerja menebang dan membersihkan hutan di Kluang bagi membina jalan antara Batu Pahat dengan Mersing. Untuk kemudahan pegawai-pegawai kerajaan dan pengusaha-pengusaha ladang getah Eropah sebuah 'Rest House' didirikan berhampiran stesen Kereta api Kluang. Oran-orang Cina pula telah mula mendirikan kedai-kedai atap dan beberapa orang Melayu telah menyewakan rumah-rumah kedai ini kepada peniaga Cina.
Kemajuan Kluang[sunting | sunting sumber]
Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Polisi Kerajaan Negeri menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah manjadikan Kluang sebagai pusat pertubuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan kereta api mendorong lebih ramai penduduk berhijrahdan mendiami Bandar Kluang
Pada tahun 1920, dengan mempunyai 5,000 orang penduduk, Lembaga Bandaran Kluang telah ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Merinyu Kesihatan. Mulai tahun 1932, Pegawai Daerah Kluang menyandang jawatan Presiden Lembaga Bandaran Kluang.
Dalam tahun 1957, Lembaga Bandaran Kluang telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaran Kluang dengan Pegawai Daerah Kluang sebagai Yang Dipertua. Lima tahun kemudian iaitu pada tahun 1962, 5 buah Majlis Tempatan telah ditubuhkan iaitu Majlis Tempatan Kampong Paya, Majlis Tempatan Kampong Gajah, Majlis Tempatan Sri Lalang, Majlis Tempatan Chamek dan Majlis Tempatan Paloh.
Dengan langkah penyusunan semula Majlis Tempatan, maka pada 1.1.1977 Majlis Bandaran Kluang telah disatukan dengan 5 Majlis Tempatan yang lain bagi membentuk Majlis Daerah Kluang Utara dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara telah diperluaskan dengan merangkumi kawasan seluas 126.5 km persegi dengan penduduknya melebihi 65 000 orang.
Bandar Kluang terus maju di bawah pentadbran Majlis Daerah Kluang Utara. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan Daerah Kluang, peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan semakin nyata. Sektor-sektor ekonomi semakin kompleks perniagaan di Pusat bandar Kluang, pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan Bandar Kluang. Bilangan premis kediaman, perdagangan dan perindustrian bertambah dengan pesat. Bilangan keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20,500 dalam tahun 1988 kepada 42,455 pegangan dalam tahun 2000. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan Hasil majlis dari RM 7.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM 16.67 juta dalam tahun 2000.
Pembangunan sektor perdagangan dan perindustrian pula telah menjadikan Kluang berkembang dengan pesat. Selain penempatan awal penduduk yang sediada. taman-taman perumahan baru terus dibangunkan. Pembinaan sebagai destinasi baru pelabur tempatan dan luar negara. Lebih dari 500 buah kilang berbagai jenis yang mengeluarkan produk untuk kegunaan tempatan dan ekspot memenuhi 9 buah kawasan perindustrian utama. Di antara kilang-kilang gergasi yang sedang beoperasi ialah kilang membuat jubin bermutu tinggi yang terbesar di Malaysia disamping produk letrik , elektronik dan pakaian berjenama antarabangsa untuk pasaran dalam negeri dan ekspot.
Perkembangan sektor perumahan, industri, perdagangan dan perkhidmatan telah mewujudkan banyak peluang-peluang pekerjaan yang menjadi punca kebanjiran penduduk di Bandar Kluang. Pada tahun 2000, penduduk Kluang telah meningkat kepada 155,000 orang. Untuk memenuhi keperluan penduduk yang bertambah, penyediaan kemudahan asas terus dipertingkatkan. Selain daripada menaik taraf jalan-jalan raya utama dan rangkaian jalan bandar, sebuah terminal pengangkutan awam berharga RM 5 juta telah dibina. Dibawah program pengswastaan Kerajaan Negeri,sebuah stadium sukan berharga RM24 juta juga telah dibina.
Pembangunan pesat Bandar Kluang tidak dapat dibendung lagi. Penduduk bandar Kluang terus menagih perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Struktur pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara memerlukan perubahan. Sebagai langkah merintis ke arah perubahan corak pengurusannya, jawatan Yang Dipertua telah diisi sepenuh masa oleh seorang pegawai Tadbir Negeri Johor mulai 1.3.1999. Setelah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kerajaan Tempatan Malaysia dengan persetujuan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui Ringkasan Mesyuarat Bil. 86/2001 bertarikh 31 januari 2001 telah mengambil keputusan menaikkan taraf Majlis Daerah Kluang Utara kepada Majlis Perbandaran yang dikenali dengan nama Majlis Perbandaran Kluang.
Geografi[sunting | sunting sumber]
Kluang berada di sebuah kawasan yang beralunan bukit. Titik tertinggi di Kluang ialah puncak Gunung Lambak, sebuah gunung yang tingginya 510m dan juga salah satu gunung yang paling selatan di banjaran utama Malaysia.
Pertanian[sunting | sunting sumber]
Pada asalnya, Kluang berkembang sebagai suatu daerah penanaman getah. Tetapi kini, tanaman-tanaman lain seperti kelapa sawit, nanas dan teh telah menggantikan kedudukan getah sebagai tanaman utama.
Infrastruktur[sunting | sunting sumber]
Kluang memiliki sebuah hospital daerah, sebuah balai polis daerah dan sebuah balai bomba. Terdapat banyak sekolah rendah, beberapa sekolah menengah dan satu perpustakaan awam. Mengikut sumber, setakat ini terdapat 90 buah sekolah rendah dan 22 sekolah menengah di seluruh daerah Kluang. Sekolah Menengah Sains Johor, sebuah sekolah kerajaan berasrama penuh telah dibina di pinggiran Kluang pada tahun 1970-an, di sepanjang Jalan Batu Pahat. Beberapa buah sekolah menengah juga kini dalam pembinaan di sekitar daerah Kluang.
Kemudahan[sunting | sunting sumber]
Kemudahan Sukan[sunting | sunting sumber]
Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kluang
Siap dibina pada akhir tahun 1996. Kos pembinaan keseluruhan RM 22 juta oleh Program Penswastaan dengan Tetuan Johbase Development Sdn.Bhd. Keluasan tapak 30 ekar (13.6 hek),mula diambilalih pada tahun 2005, sebelum ini diurus tadbir oleh Majlis Sukan Negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan