
JAMBATAN PULAU PINANG
Jambatan Pulau Pinang
merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat terpanjang diAsia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
Spesifikasi jambatan[1][sunting | sunting sumber]
- Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
- Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
- Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
- Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
- Laluan: 6 Laluan
- Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
- Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
- Gantungan utama: 225 Meter
- Gantungan hujung: 107.5 Meter
- Gantungan lain: 40 Meter
- Had laju: 80 km/j
Tiada ulasan:
Catat Ulasan