Khamis, 7 Ogos 2014

MURUKU


MURUKU

Muruku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.

Sabtu, 28 Jun 2014

MUZIUM KOTA KAYANG

 
                                           MUZIUM KOTA KAYANG , PERLIS.

Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung.
Muzium Kota Kayang di Kuala Perlis merupakan satu kompleks sejarah yang popular di Perlis. Muzium Kota Kayang menawarkan pelbagai maklumat mengenai sejarah Perlis.
Terdapat pameran tinggalan akhaeologi dan sejarah dari kapak batu Neolithik, senjata, barangan tembaga, siling, replika dokument, dan carta keturunan diRaja. Pelancong juga dapat melawat laman muzium di mana terdapat tapak Kota Indera kayangan, istana, dan dewan istiadat silam. Muzium Kota Kayang terletak di kaki bukit batu kapur yang bertindak sebagai halangan dari serangan musuh, sementara terdapat terusan yang pernah menjadi laluan bot antara Kota Kayang, Kuala Perlis, dan Alor Setar.

Koleksi[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.

Jumaat, 27 Jun 2014

A. FAMOSA


                                                          A, FAMOSA, MELAKA
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar HilirMelaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Peta bandar dan kubu Melaka (1780)

Selepas penawanan Portugis[sunting | sunting sumber]

A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meterhingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

Penaklukan oleh Belanda[sunting | sunting sumber]

Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.
Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logoSyarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

Pentadbiran oleh British[sunting | sunting sumber]

Pembinaan semula kubu tinjau yang dibina atas tapak runtuhan asal kubu
Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis. Akibatnya, pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang pertempuran.
Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinangdan Singapura. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris diIndia[1]
Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dan memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang. Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan.
Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.
Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.
Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.
Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.

Penemuan arkeologi[sunting | sunting sumber]

Sistem aliran kumbahan A Famosa
Kubu Porta de Santiago dari bahagian belakang
Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka.[2] Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut. [3] Koperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824.[4]
Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Kubu Santiago dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan.[5]

GUA NIAH



                                                         GUA NIAH , SARAWAK

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari MiriSarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

Taman Negara Gua Niah[sunting | sunting sumber]

Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.
Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.

Kajian Tom Harrison 1958[sunting | sunting sumber]

Kajian oleh Tom Harrison di Gua Niah
Pada tahun 1958, satu cari gali yang diketuai oleh Tom Harrisson dan isterinya Barbara Harrison. Tom ialah kurator Muzium Sarawak . Beliau berminat dengan arkeologi walaupun tidak ada asas arkeologi. Beliau telah membongkar satu tengkorak manusia disebelah barat pintu utama Gua Niah, yang dianggarkan berusia 40,000 tahun. Ia merupakan tengkorak manusia moden (Homo sapiens) yang terawal di Asia Tenggara. Tengkorak itu ditemui di aras di mana perkakasan batu telah dijumpai sebelumnya bersama arang yang memberikan tarikh radiokarbon sekitar 40,000 tahun dahulu. Ini merupakan bukti terawal pendudukan manusia di Borneo.
Selain bukti kehadiran manusia zaman Palaeolithic pada tempoh Pleistocene Akhir, para cari gali turut menjumpai bukti pendudukan pada awal tempoh Holocene oleh Mesolithic foragers, dan kemudiannya tapak pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu.
Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga era palaeolithic (awal Zaman Batu). Era Pleistocene berakhir dengan bermulanya era Holocene sekitar 10,000 dahulu.

Laluan ke Taman Negara Niah[sunting | sunting sumber]

Taman Negara Niah boleh dilawati oleh semua pelawat melalui jaringan jalanraya yang menghubungkan kawasan ini dengan bandaraya Miri ataupun bandar Bintulu. Jarak daripada bandaraya Miri adalah kira-kira 90 km melalui Lebuhraya Persisiran Pantai memakan masa 1 1/2 jam manakala daripada Bandar Bintulu adalah kira-kira 120km (2jam).
Taman Negara Niah boleh didatangi dengan menggunakan kenderaan persendirian, teksi ataupun bas ekspress yang pergi dari bandaraya Miri ke Bintulu ataupun dari Bintulu ke Bandaraya Miri dengan berhenti di Simpang Ngu. Dari simpang berkenaan, pelawat boleh menggunakan kenderaan yang disewa yang terdapat di sekitar simpang berkenaan dengan harga yang tertentu. Sila maklumkan pemandu berkenaan supaya menghantar anda ke Pejabat Taman Negara Niah.

Kemudahan di Gua Niah[sunting | sunting sumber]

Taman Negara Niah juga menyediakan kemudahan kediaman kepada pelancong iaitu tapak perkhemahan, hostel dan chalet dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Di sini juga terdapat kafeteria untuk membolehkan pelancong mendapatkan bekalan makanan kerana semua kemudahan di Taman Negara Niah tidak dibenarkan memasak. Namun pelancong dibenarkan membuat barbeque di kawasan luar penginapan.

BANGUNAN SULTAN IBRAHIM

 




                                            BANGUNAN SULTAN IBRAHIM, JOHOR.

Bangunan Sultan Ibrahim imerupakan bekas bangunan urus Setia negeri Johor. Ia terletak di Bukit Timbalan di Johor BahruMalaysia. Bangunan ini telah dibina di antara tahun 1936 dan 1939 dan telah siap pada tahun 1940 kerana kerajaan kolonial British mencuba untuk menyelaraskan pentadbiran negeri.[1] Ia telah dirasmikan oleh almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar.
Ia juga merupakan bangunan tertinggi di Malaya semasa zaman sebelum Merdeka . Di Johor Bahru sendiri, ia berdiri tidak dicabar sebagai bangunan tertinggi di bandar sehingga selesai Menara Merlin pada tahun 1970an.
Pejabat-pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah berpindah ke Kota Iskandar. Terdapat rancangan untuk menukar bangunan ke dalam muzium.
Seni bina[sunting | sunting sumber]
Seni bina bangunan ini menggabungkan kolonial serta Melayu dengan seni bina reka bentuk yang Saracenic dan menara menjadikannya mercu tanda di Johor Bahru. Bangunan ini telah direka oleh firma seni bina terkenal British,Palmer dan Turner yang juga bertanggungjawab dalam perancangan Hospital Besar Johor Bahru yang kini dikenali sebagai Hospital Sultanah Aminah serta beberapa mercu tanda penting di Singapura.
Bangunan ini dahulunya menempatkan Menteri Besar (pejabat Menteri Besar) dan Dewan Undangan Negeri Johorsebelum kedua-duanya telah dipindahkan ke Kota Iskandar.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Pembinaan konkrit, dengan batu menghadap, dibina pada rangka logam yang terdiri daripada 3,000 tan struktur keluli yang direka di bengkel Singapura iaitu United Engineers Ltd, yang juga bertanggungjawab untuk pembinaan pada tahun 1940.[2] Satu lagi syarikat yang berpusat di Singapura, Ah Hong and Company, bertanggungjawab untuk pembinaan am.[3]

Pendudukan Jepun[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1942, semasa Pendudukan Jepun di Tanah MelayuTentera Imperial Jepun diketuai oleh Jeneral Yamashita Tomoyuki ditempatkan di bangunan sendiri dan Istana Bukit Serene merancang untuk melakukan serangan ke atas Singapura.[4] Jepun menggunakan bangunan sebagai benteng dan pusat arahan untuk mengintip aktiviti British di Singapura. Bangunan ini telah rosak sebahagiannya semasa pencerobohan Jepun dan bahagian yang rosak masih boleh dilihat sehingga ke hari ini.




HUTAN BELUM

 
           
                                                                      HUTAN BELUM, PERAK


Hutan Belum terletak di utara hujung Perak. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.
Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan!!!

Di Hutan Belum ini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus.Antaranya adalah seperti spesis meranticengalkeruing dan merbau yang besar. Disini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Terdapat juga spesis tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain seperti rafflesia yang tumbuh meliar di sini yang merupakan spesis bunga terbesar iaitu rafflesia.

JAMBATAN PULAU PINANG



                                                                    JAMBATAN PULAU PINANG
Jambatan Pulau Pinang Mes-e36.png merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat terpanjang diAsia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya JelutongBayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

Spesifikasi jambatan[1][sunting | sunting sumber]

  • Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
  • Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
  • Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
  • Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
  • Laluan: 6 Laluan
  • Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
  • Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
  • Gantungan utama: 225 Meter
  • Gantungan hujung: 107.5 Meter
  • Gantungan lain: 40 Meter
  • Had laju: 80 km/j